Swirl Mark atau tanda berpusar pada permukaan cat

Swirl mark

Kesan pusaran yang terjadi pada permukaan cat kereta.

Swirl mark adalah calar, sama seperti calar-calar lain pada badan kenderaan anda, namun ianya sangat halus dan kebiasaannya ianya tidak dalam.

Punca utama terjadinya swirl mark ini adalah dari kaedah mencuci dan mengering yang tidak betul. Profesional Detailer kebanyakkannya menyalahkan pusat cucian sebagai kilang mengeluarkan swirl mark. Ini terjadi akibat dari permintaan pasaran untuk harga cucian yang sangat rendah dan lebih cepat. Berbanding dengan cucian profesional, harganya 3 atau 4 kali ganda lebih mahal dari cucian biasa dan memerlukan masa yang lebih panjang.

Kecacatan swirl mark boleh diperbaiki dengan kaedah mengilap (polishing) dan tanda-tanda swirl mark yang lebih teruk mungkin memerlukan pengkompaunan (compound), tetapi masih boleh diperbaiki, dan kami menawarkan perkhidmatan tersebut di sini.

Kami di Aifa Car Wash juga memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih cucian biasa atau "Premium wash" dengan harga 2-3 kali ganda lebih mahal dari cucian biasa. Dan masa yang diambil lebih panjang dengan jaminan kami adalah bebas 100% dari swirl mark. Kaedah 2 baldi digunakan dan dikendalikan oleh pekerja-pekerja kami yang terlatih.

Namun untuk cucian biasa, kami sedaya untuk mengelakkan swirl mark terjadi pada kenderaan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila share jika anda rasakan info ini berguna kepada orang lain.

NANO MIST

Kaedah pengasapan di dalam kereta yang menggunakan teknologi terkini: ✅Menghapuskan 99.9% bakteria didalam kenderaan dan dalam saluran lub...