Cipta Pemanduan Yang Lebih Menyeronokan.

Kadang-kadang setiap hari memandu kereta yang sama selama bertahun-tahun amat membosankan.

Tips dibawah bagaimana nak cipta pemanduan yang lebih menyeronokan tanpa perlu anda tukar kereta.

1. Bersihkan bahagian dalaman kereta anda.
2. Tukarkan pewangi kereta anda, elakkan memakai pewangi yang sama.
3. Kilatkan dashboard dan setiap panel pintu

Anda akan merasa kelainan dalam pemanduan anda. Ianya berkesan. Cubalah


TIPS PEMANDUAN KETIKA HUJAN LEBAT


TIPS PEMANDUAN KETIKA HUJAN LEBAT

1. Elakkan memandu terlalu laju, permukaan jalan yang basah boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

2. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

3. Jangan menyalakan lampu kecemasan (hazard), Ianya hanya boleh digunakan jika kereta anda terkandas atau berhenti seketika disebabkan ada gangguan di hadapan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan.

Dan yang paling penting, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik, wiper dan semua lampu kenderaan berfungsi dengan baik serta cermin hadapan dan belakang tidak kabur sewaktu hari hujan.

Penjagaan cermin kenderaan secara berkala dapat membantu penglihatan anda dengan lebih jelas sewaktu hari hujan lebat supaya anda boleh memandu dengan lebih selamat dan selesa.

antara kaedah penjagaannya adalah:

  • Cuci cermin
  • Clay / Polish 
  • Rain Repellent
  • Coating

Kesemua kaedah penjagaan bergantung pada bajet anda.

Di Aifa Car Wash, kami tawarkan perkhidmatan penjagaan cermin hadapan bermula serendah RM15.

Kunjungi kami hari ini.

INFO BERGUNA UTK PENCINTA KERETA

INFO BERGUNA UTK PENCINTA KERETA

Ramai yang tak tahu apa itu wax dan apa itu polish.
.
Apa beza antara wax & polish.
.

Wax & polish sering kali orang keliru.

Wax adalah perlindungan yang akan melindungi permukaan cat kereta anda dari pudar/kusam dan mencegah berlakunya calar-calar kecil.

Polish : Proses ini membuang kerosakkan kecil pada permukaan cat seperti swirls(pusaran), scratches(calar), water mark/spots, kesan najis burung, atau kesan bertanda serangga terbangan. Dan membuat permukaan cat anda menjadi licin



Ada yang beranggapan hanya dengan wax mampu membuat kereta anda berseri dan nampak baru. Anggapan ini boleh jadi betul dan boleh jadi salah!
Jika anda mempunyai kereta baru ataupun cat baharu, ianya memang berkesan! hanya  dengan lakukan wax sahaja sudah cukup untuk menampakkan kereta anda berseri-seri seperti baru. ini kerana permukaan cat anda bersih dan masih kurang kotoran degil yang melekat. Fungsi wax itu masih mampu merawat. Sebab itu kami mampu tawarkan harga yang murah giler utk pakej wax

Tetapi jika permukaan cat kereta anda kurang penjagaan dan terasa kasar atau ternampak dengan mata kasar kotoran yang melekat, kebiasaannya kereta berwarna putih, Wax tidak mampu untuk merawat kerana sifat wax itu sendiri hanyalah sebagai protection sahaja. Tugas ini perlu diserahkan kepada Polish (harganya lebih mahal)

Jika selepas kereta anda dicuci, anda ada perasan tanda-tanda seperti swirls(pusaran), scratches(calar), water mark/spots, kesan najis burung, atau kesan bertanda serangga terbangan terdapat pada permukaan cat anda, itulah penandanya kereta anda perlu di Polish.


Untuk maksimumkan penjagaan, Anda perlu wax kereta anda 1-3 bulan sekali bergantung cara penjagaannya. Jika ditempat anda ada musim hujan, lakukan sebelum dan selepas musim hujan. Dan jika anda ingin lakukan wax setiap minggu pun tiada masalah

Itu cerita wax & polish..dah fahamkan?

Senang cerita,

Polish = Correction
Wax = Protection

Perlukan lagi tips penjagaan, kunjungi kami atau boleh hubungi 019-3639607 untuk khidmat nasihat percuma.

#aifacarwash
#batu_berendam

TIPS PENJAGAAN KERETA

TIPS_PENJAGAAN_KERETA

Khas utk Orang BATU_BERENDAM yang mementingkan penjagaan kereta.
.
Tips no.2 jarang orang amalkan & point no.11 tak ramai yang tahu.




PENJAGAAN_MINGGUAN

1. Cuci kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2. Untuk maksimakan penjagaan mingguan, sapukan water wax/ quick wax selepas cucian.
(Bertujuan memberikan lebih pelindungan & kilatan dengan cepat. Tak sampai 5 minit!)
3. Kemaskan ruangan dalaman dan buangkan sampah.
4. Vakum dan lapkan panel untuk buangkan habuk dan kotoran dalam kenderaan anda.
5. Lap kesemua cermin termasuk cermin pandang belakang sekali.
6. Periksa tangki air wiper. Pastikan air mencukupi.

PENJAGAAN_BULANAN

7. Lakukan Nano Mist/Anti Bakteria Treatment untuk hapuskan bakteria yang tersembunyi dalam kereta
8. Wax kereta anda 1-2 bulan sekali bergantung tahap penjagaan anda. Lapisan wax utk melindungi cat dari kusam,menghalang calar kecil dan melindungi dr sinaran UV.

CERMIN_HADAPAN

9. Perlu diberi perhatian dwi bulanan (2 minggu sekali) Sapukan Rain X ataupun lakukan glass coating (tahan lebih lama) utk pemanduan yg lebih lancar ketika cuaca hujan.




PENJAGAAN_KUSYEN

10. Jadualkan cucian kusyen anda setiap 6 bulan ke setahun sekali untuk elakkan pembiakan bakteria dan bau yg kurang enak dalam kenderaan anda.
11. FAKTA - 80% bau kurang enak dalam kereta datangnya dari kusyen.

POLISH

12. Lakukan polish setiap 1 tahun - 2 tahun bergantung pada penjagaan dan pencegahan awalan yg anda amalkan.

Perlukan lebih tips penjagaan kenderaan:

Facebook: Aifa Car Wash

Kunjungi kami

Aifa Car Wash Batu Berendam.
(Selepas coconut shake, kami disebelah kanan, berhadapan balai polis)
Call/ WA ~ 019-3639607
Waze: Aifa Car Wash

NANO MIST

Kaedah pengasapan di dalam kereta yang menggunakan teknologi terkini: ✅Menghapuskan 99.9% bakteria didalam kenderaan dan dalam saluran lub...