INFO BERGUNA UTK PENCINTA KERETA

INFO BERGUNA UTK PENCINTA KERETA

Ramai yang tak tahu apa itu wax dan apa itu polish.
.
Apa beza antara wax & polish.
.

Wax & polish sering kali orang keliru.

Wax adalah perlindungan yang akan melindungi permukaan cat kereta anda dari pudar/kusam dan mencegah berlakunya calar-calar kecil.

Polish : Proses ini membuang kerosakkan kecil pada permukaan cat seperti swirls(pusaran), scratches(calar), water mark/spots, kesan najis burung, atau kesan bertanda serangga terbangan. Dan membuat permukaan cat anda menjadi licin



Ada yang beranggapan hanya dengan wax mampu membuat kereta anda berseri dan nampak baru. Anggapan ini boleh jadi betul dan boleh jadi salah!
Jika anda mempunyai kereta baru ataupun cat baharu, ianya memang berkesan! hanya  dengan lakukan wax sahaja sudah cukup untuk menampakkan kereta anda berseri-seri seperti baru. ini kerana permukaan cat anda bersih dan masih kurang kotoran degil yang melekat. Fungsi wax itu masih mampu merawat. Sebab itu kami mampu tawarkan harga yang murah giler utk pakej wax

Tetapi jika permukaan cat kereta anda kurang penjagaan dan terasa kasar atau ternampak dengan mata kasar kotoran yang melekat, kebiasaannya kereta berwarna putih, Wax tidak mampu untuk merawat kerana sifat wax itu sendiri hanyalah sebagai protection sahaja. Tugas ini perlu diserahkan kepada Polish (harganya lebih mahal)

Jika selepas kereta anda dicuci, anda ada perasan tanda-tanda seperti swirls(pusaran), scratches(calar), water mark/spots, kesan najis burung, atau kesan bertanda serangga terbangan terdapat pada permukaan cat anda, itulah penandanya kereta anda perlu di Polish.


Untuk maksimumkan penjagaan, Anda perlu wax kereta anda 1-3 bulan sekali bergantung cara penjagaannya. Jika ditempat anda ada musim hujan, lakukan sebelum dan selepas musim hujan. Dan jika anda ingin lakukan wax setiap minggu pun tiada masalah

Itu cerita wax & polish..dah fahamkan?

Senang cerita,

Polish = Correction
Wax = Protection

Perlukan lagi tips penjagaan, kunjungi kami atau boleh hubungi 019-3639607 untuk khidmat nasihat percuma.

#aifacarwash
#batu_berendam

No comments:

Post a Comment

NANO MIST

Kaedah pengasapan di dalam kereta yang menggunakan teknologi terkini: ✅Menghapuskan 99.9% bakteria didalam kenderaan dan dalam saluran lub...